Assalamualaikum and hi there! I'm
back for the third entry. Hoyeahh ! Haha
Untuk entry ketiga ni aku
rasa, entry yang aku paling suka and ada banyak idea aku nak tulis. Haha .
Dalam entry ni aku nak cerita la serba sikit pasal wajah-wajah kesayangan
hamba, buah hati pengarang jantung aku. Gituuu. Hehe . But before aku story
mory pasal buah-buah hati aku tu, aku nak la jugak cite pasal diri aku. Haha
nyebokk je nadhirah ooiii. -.-
Okay tak kisah, nak cite
jugak! Nama diberi oleh mak abah lepas
je aku lahir, Nur Nadhirah binti Ahmad.
Tapi jarang sangat lah org panggil aku nadhirah. Mostly, org akan
panggil aku nad, nadhi, nanad or dira. Dan setakat ni takde lagi la yang panggil
aku nur. *rasa mcm ayu sangatkan
bila org panggil nur. Haha. Tapi bila dengan my family, sedara mara,
makcik-makcik jiran sebelah rumah, dorg tak panggil aku by name. Dorg akan
panggil aku “alang”. Sebab dah terbiasa dgn
panggilan tu, aku akan rasa awkward gler bila dorg panggil aku by my real name.
Haha. Aku lahir dkt Kuala Pilah, Negeri Sembilan but now menetap dekat Taiping,
Perak since aku 3 tahun. Aku anak ketiga
daripada 5 adik beradik. *japgi
dekat bawah aku cite pasal adik beradik aku yg lain ye. Aku lahir pada 3 october
1993. So sekarang umur aku 21 tahun 5 hari. Lebih kurang la.
Hmm…. apa lagi aku nak
cite ehh pasal aku? Tu je kot. Haha
Okay2 back to the pangkal jalan, before
aku makin ajaran sesat kan. Aku sebenarnya nak cerita pasal family aku tapi aku
dok pi melalut cite pasal aku pasai apa tah. Hahaha.
Haaa! nampak dak gambar dekat atas
tu? Gambar sapa tu?
Haa tula Encik Ahmad. My first hero
in my life. Aku panggil En Ahmad ni abah. So, dia abah aku la. Hehe. Nama penuh
abah aku Ahmad bin Mat Ariff, lahir
pada 14 jun 1960. *ha
pi amek calculator lekaihh kira bape umur abah. Haha Abah merupakan anak ke-4 dari 9 adik
beradik. Abah lahir dekat Kedah. So bila bercakap dengan abah mmg ktorg
speaking kedah la. Haha. Abah aku ni seorang anggota polis. La ni dia keje
dekat IPD IPOH as Pegawai Tatatertib Polis(ala-ala
cikgu disiplin la kalo dkt sekolah tu). Abah sgt la tegas orangnya. Sekali
dia buat muka serius, ketaq pala lutut nak ckp dgn dia ooii. Haha. Kalo sekali
dia ckp jgn buat something yg dia tak suka tu, so better jgn buat. . *ulang
suara “JANGAN BUAT” Kalo ada anak-anak dia yg berani buat
jgk, and then dia dapat tau. Siap la mereka2 tu kena soal siasat dengan abah
nanti..*mmg
time tu rasa mcm diri ni banduan yg dok dlm lokap yg tgh kena soal siasat tu Tapi setegas-tegas abah tu, abah
baik sebenarnya. Muka je garang, tapi hati abah baik okay! Kalo anak2 dia nak
apa-apa, just minta je dekat abah. Kadang tu abah bising jugak masa ktorg minta
itu ini. Tapi takpe pekak kan je telinga kejap sbb sure ptg nanti mesti dapat
punya lah apa yang ktorg minta tu. Hehe. Pastu abah ni jenis yang tak suka
memaksa anak-anak dia buat sesuatu keputusan tu ikut keputusan dia. Abah akan
biar anak-anak dia pilih sendiri keputusan apa yang dorg nak buat, so that
ktorg boleh jadi matang sikit. Reti nak pikir itu ini sendiri. Haha. Satu lagi,
abah ni jenis yang sangat risaukan pasal anak-anak dia. Tambah-tambah la pulak
dia ada 4 org puteri kan. Sebab tu abah tak berapa suka kalo anak-anak dia
keluar lama-lama. Japgi kalo balik lewat sikit mesti fon akan menjerit-jerit
dgn panggilan dari En Ahmad. Haha. Pastu lagi satu, anak-anak pompuan En Ahmad
sume takde lesen moto. Sebab apa ye? Sebab En Ahmad tak kasi amik and bawak
motor la, sbb tu takde. Kalo nak kemana bwk kete okay. Motor not allowed. Haha
Okay, second person yg sgt sgt sgt penting dalam hidup aku à my mak, Puan Zawiah binti Mohd Kasa which is 4 years younger dari abah.
|
Puan
Zawiah yg sebelah kiri tu ye. Hehe |
Macam abah, mak pon anak ke-4. Hewhew. But, mak cuma ada 8
adik beradik. Mak lahir dekat Perak (anak jati perak ni). Mostly mak akan ckp loghat perak
dengan anak-anak dia. So,kesimpulannya anak-anak yg pening. Bila dgn abah
speaking kedah, bila dgn mak kena speaking perak pulak. Hahaha (tp aku selalu
campur aduk ja bila ckp, bahasa mana yg kluor ikut dan depa la. Hahaha). Mak
tak kerja, housewife sepenuh masa hokey. Dialah cikgu, dialah chef, dialah
semuanya utk anak-anak dia. She is a very loving mom (itu semestinya), and aku
rasa dalam rumah, org yang paling banyak bercakap is mak. Hehe. Tiap-tiap hari ada
je benda yg dia akan pot.pet.pot.pet dekat anak-anak dia ni. Haha. But it’s
okay sbb sume yg dia pot.pet.pot.pet tu benda betul kan. Dia la yg akan
sentiasa ingatkan anak-anak pasal macam-macam, nasihat itu ini… Dia selalu akan
pesan dkt anak-anak dia, “solat jgn tinggal, belajar elok-elok, pandai2 jaga
diri”. And dekat mak la yang aku akan selalu bercerita kalo ada apa-apa. Hehe.
Aku bersyukur sangat dpt abah yg tegas and mak yg kuat pot.pet.pot.pet, and
sebab dorg mcm tula, dorg boleh didik anak-anak *terutamanya aku jadi manusia yg berguna, and not hantu raya yg berkeliaran
tu. Haha
Okay habis dah story mory pasal my parents, now aku nak
cerita pulak pasal adik beradik aku. (Aisyhh! awat la adik beradik aku
ramai sgt ni, jenuh nak taip. Untung la sapa adik beradik sikit tu. Haha).
Nampak dak yg dkt atas tu, yg sebelah mak aku tu. Haa, hat tu
la kakak sulung aku. Nampak dak? tak nampak? Malas nak scroll ke atas eh? Okay2
aku belanja la satu lagi gambar kakak aku tu. Nahhhh....
|
Haa! ni la kakak sulung aku. Haha
|
Nama dia Nurul Aqilah
binti Ahmad. Aku panggil dia “along”,
kadang-kadang “nurui”. She 24 years old.
Lahir 11 September 1990. Work at Unisem(M) Sdn. Bhd as Software Engineer.
Antara sume adik beradik aku, dia la ‘anak emas’ mak*apa
yg dia nak sume dpt -.- Ok fine! Haha Along aku ni baik la jugak sebabnya dia selalu bagi aku duit
poket.hahaha Tapi satu je aku tak suka dgn along aku ni, dia suka kebas barang2
aku buat harta dia sendiri, tambah2 baju and tudung *tau la sama saiz, pinjam
dah la. Adoii. -.-
Kakak aku yang kedua, Nur
Amirah binti Ahmad. Aku panggil dia “angah”.
She 23 years old. Lahir 16 September 1991. She just finish her study dkt UTHM
bulan 6 ritu, and now dia seorang penanam anggur terhormat dkt rumah tu. Haha
taktau la bila nak dapat kerja. Antara along and angah, aku rasa angah matured
lagi. Haha. Kalo ada pape baik minta tolong angah dari along sebab angah boleh
harap sikit..*kalo
along hari ni minta tlg, esok belum tentu dpt lg. haha . Aku and angah kongsi minat yg sama
which is suka memasak and baking….so ktorg mmg suka la mencuba menu2 baru. Hahaha.
|
My sister, angah
|
Next, my brother, Muzhaffar
bin Ahmad, 17 years old. Satu-satunya insan yang berjantina lelaki dalam
adik beradik aku. Haha. Dia belajar di SMK Teknik Alor Setar. Antara ktorg
sume, dia la yg paling manja, maybe sbb
dia sorang je anak lelaki kot. Manja kemain ! Haha. Dulu kecik2, aku dgn
dia suka sgt bergaduh. Org kata mcm anjing dgn kucing lah. Pantang dok dekat,
mesti nak bergaduh..*penah
sekali tu sampai rambut aku dia gunting. Haha. Tapi sekarang ni tak dah la. Masing2
dah besar kan. Hehe.
|
Ni la adik lelaki aku…
|
Yeayyy!
Finally sampai pon the last person. Dah penat ni nak menaip. Haha
The last person yang aku nak cerita kan ni is about my little
sister. Dalam semua adik beradik aku, aku paling sayang dekat dia. Aku paling
rapat dengan dia. Dia la buah hati aku. Apa dia buat aku mesti kena ikut, apa
aku buat dia akan ikut. Haha. Mana aku pegi mesti dia ada. Tiap kali bila aku
ada dekat rumah, dia mesti akan melekat dkt aku. Hehe. Kalo aku ada dkt ‘U’
sentiasa dia call cakap “Alang, balik la. Adik rindu ni.” Haha.
Haa.. ni la adik bongsu aku, Nur Fatihah binti Ahmad, 6 years old (beza umur dia dgn aku 15
tahun). Aku panggil dia tehah or adik. Adik tehah bukan macam kanak-kanak yang lain yg sebaya dengan
dia. She’s not a normal kid. Dia merupakan kanak-kanak istimewa. Adik tehah lahir pada 19 march 2008, and masa dia lahir
tu berat dia just about 1.7 kg(lengan dia besaq ibu jari je kot time tu). Sejak dia lahir sampai la sekarang, almost
setiap bulan mesti akan pegi hospital, check up doctor,operation la, terapi
pertuturan, terapi cara kerja,check itu check ini…mcm2 la.*hospital tu dah mcm rumah
kedua tehah dah. Haha. Walaupun
dia istimewa, kami satu family tak pernah rasa terbeban nak menjaga dia. Cuma penat
sikit la nak jaga tehah sbb dia ni jenis yg ‘hyper’. Start je dia bangun tido
sampai ke malam, ada je benda yg dia nak buat. Tak reti dok diam. (tambah kalo dia makan
benda manis banyak, lagi aktif la dia that day.). Panjat sana
sini, punggah itu ini, lari sana sini, and aku yang nak mengejar dia ni lah yang
naik semput,penat ooii nak berlari. Hahaha. Pernah la a few times dia hilang,
tapi Alhamdulillah la ktorg dapat jumpa dia balik. Kami tak pernah merungut pasal kehadiran dia
sebagai seorang insan istimewa, kami anggap yang adik tehah ni adalah anugerah yang
diberikan olehNya yang tak semua orang dapat. Adik tehah jugak la cahaya yang
menceriakan hidup kami sekeluarga tiap-tiap hari. :D
Hmmmm…that
all je kot aku rasa aku nak cerita pasal my family. Aku rasa macam dah terlebih
cukup je tu. Hahaha
Assalamualaikum.
My precious, my love