Thursday, 9 October 2014

MY PRECIOUS, MY LOVE

Assalamualaikum and hi there! I'm back for the third entry. Hoyeahh ! Haha

Untuk entry ketiga ni aku rasa, entry yang aku paling suka and ada banyak idea aku nak tulis. Haha . Dalam entry ni aku nak cerita la serba sikit pasal wajah-wajah kesayangan hamba, buah hati pengarang jantung aku. Gituuu. Hehe . But before aku story mory pasal buah-buah hati aku tu, aku nak la jugak cite pasal diri aku. Haha nyebokk je nadhirah ooiii. -.-

Okay tak kisah, nak cite jugak!  Nama diberi oleh mak abah lepas je aku lahir, Nur Nadhirah binti Ahmad.  Tapi jarang sangat lah org panggil aku nadhirah. Mostly, org akan panggil aku nad, nadhi, nanad or dira. Dan setakat ni takde lagi la yang panggil aku nur. *rasa mcm ayu sangatkan bila org panggil nur. Haha. Tapi bila dengan my family, sedara mara, makcik-makcik jiran sebelah rumah, dorg tak panggil aku by name. Dorg akan panggil aku “alang”. Sebab dah terbiasa dgn panggilan tu, aku akan rasa awkward gler bila dorg panggil aku by my real name. Haha. Aku lahir dkt Kuala Pilah, Negeri Sembilan but now menetap dekat Taiping, Perak since aku 3 tahun.  Aku anak ketiga daripada 5 adik beradik. *japgi dekat bawah aku cite pasal adik beradik aku yg lain ye. Aku lahir pada 3 october 1993. So sekarang umur aku 21 tahun 5 hari. Lebih kurang la.

Hmm…. apa lagi aku nak cite ehh pasal aku? Tu je kot. Haha


Okay2 back to the pangkal jalan, before aku makin ajaran sesat kan. Aku sebenarnya nak cerita pasal family aku tapi aku dok pi melalut cite pasal aku pasai apa tah. Hahaha.


Haaa! nampak dak gambar dekat atas tu? Gambar sapa tu?

Haa tula Encik Ahmad. My first hero in my life. Aku panggil En Ahmad ni abah. So, dia abah aku la. Hehe. Nama penuh abah aku Ahmad bin Mat Ariff, lahir pada 14 jun 1960. *ha pi amek calculator lekaihh kira bape umur abah. Haha  Abah merupakan anak ke-4 dari 9 adik beradik. Abah lahir dekat Kedah. So bila bercakap dengan abah mmg ktorg speaking kedah la. Haha. Abah aku ni seorang anggota polis. La ni dia keje dekat IPD IPOH as Pegawai Tatatertib Polis(ala-ala cikgu disiplin la kalo dkt sekolah tu). Abah sgt la tegas orangnya. Sekali dia buat muka serius, ketaq pala lutut nak ckp dgn dia ooii. Haha. Kalo sekali dia ckp jgn buat something yg dia tak suka tu, so better jgn buat. . *ulang suara “JANGAN BUAT”  Kalo ada anak-anak dia yg berani buat jgk, and then dia dapat tau. Siap la mereka2 tu kena soal siasat dengan abah nanti..*mmg time tu rasa mcm diri ni banduan yg dok dlm lokap yg tgh kena soal siasat tu Tapi setegas-tegas abah tu, abah baik sebenarnya. Muka je garang, tapi hati abah baik okay! Kalo anak2 dia nak apa-apa, just minta je dekat abah. Kadang tu abah bising jugak masa ktorg minta itu ini. Tapi takpe pekak kan je telinga kejap sbb sure ptg nanti mesti dapat punya lah apa yang ktorg minta tu. Hehe. Pastu abah ni jenis yang tak suka memaksa anak-anak dia buat sesuatu keputusan tu ikut keputusan dia. Abah akan biar anak-anak dia pilih sendiri keputusan apa yang dorg nak buat, so that ktorg boleh jadi matang sikit. Reti nak pikir itu ini sendiri. Haha. Satu lagi, abah ni jenis yang sangat risaukan pasal anak-anak dia. Tambah-tambah la pulak dia ada 4 org puteri kan. Sebab tu abah tak berapa suka kalo anak-anak dia keluar lama-lama. Japgi kalo balik lewat sikit mesti fon akan menjerit-jerit dgn panggilan dari En Ahmad. Haha. Pastu lagi satu, anak-anak pompuan En Ahmad sume takde lesen moto. Sebab apa ye? Sebab En Ahmad tak kasi amik and bawak motor la, sbb tu takde. Kalo nak kemana bwk kete okay. Motor not allowed. Haha

Okay, second person yg sgt sgt sgt penting dalam hidup aku  à my mak, Puan Zawiah binti Mohd Kasa which is 4 years younger dari abah.

Puan Zawiah yg sebelah kiri tu ye. Hehe
Macam abah, mak pon anak ke-4. Hewhew. But, mak cuma ada 8 adik beradik. Mak lahir dekat Perak (anak jati perak ni). Mostly mak akan ckp loghat perak dengan anak-anak dia. So,kesimpulannya anak-anak yg pening. Bila dgn abah speaking kedah, bila dgn mak kena speaking perak pulak. Hahaha (tp aku selalu campur aduk ja bila ckp, bahasa mana yg kluor ikut dan depa la. Hahaha). Mak tak kerja, housewife sepenuh masa hokey. Dialah cikgu, dialah chef, dialah semuanya utk anak-anak dia. She is a very loving mom (itu semestinya), and aku rasa dalam rumah, org yang paling banyak bercakap is mak. Hehe. Tiap-tiap hari ada je benda yg dia akan pot.pet.pot.pet dekat anak-anak dia ni. Haha. But it’s okay sbb sume yg dia pot.pet.pot.pet tu benda betul kan. Dia la yg akan sentiasa ingatkan anak-anak pasal macam-macam, nasihat itu ini… Dia selalu akan pesan dkt anak-anak dia, “solat jgn tinggal, belajar elok-elok, pandai2 jaga diri”. And dekat mak la yang aku akan selalu bercerita kalo ada apa-apa. Hehe. Aku bersyukur sangat dpt abah yg tegas and mak yg kuat pot.pet.pot.pet, and sebab dorg mcm tula, dorg boleh didik anak-anak *terutamanya aku jadi manusia yg berguna, and not hantu raya yg berkeliaran tu. Haha

Okay habis dah story mory pasal my parents, now aku nak cerita pulak pasal adik beradik aku. (Aisyhh! awat la adik beradik aku ramai sgt ni, jenuh nak taip. Untung la sapa adik beradik sikit tu. Haha).
Nampak dak yg dkt atas tu, yg sebelah mak aku tu. Haa, hat tu la kakak sulung aku. Nampak dak? tak nampak? Malas nak scroll ke atas eh? Okay2 aku belanja la satu lagi gambar kakak aku tu. Nahhhh....

Haa! ni la kakak sulung aku. Haha
Nama dia Nurul Aqilah binti Ahmad. Aku panggil dia “along”, kadang-kadang “nurui”.  She 24 years old. Lahir 11 September 1990. Work at Unisem(M) Sdn. Bhd as Software Engineer. Antara sume adik beradik aku, dia la ‘anak emas’ mak*apa yg dia nak sume dpt -.- Ok fine! Haha   Along aku ni baik la jugak sebabnya dia selalu bagi aku duit poket.hahaha Tapi satu je aku tak suka dgn along aku ni, dia suka kebas barang2 aku buat harta dia sendiri, tambah2 baju and tudung *tau la sama saiz, pinjam dah la. Adoii. -.-

Kakak aku yang kedua, Nur Amirah binti Ahmad. Aku panggil dia “angah”. She 23 years old. Lahir 16 September 1991. She just finish her study dkt UTHM bulan 6 ritu, and now dia seorang penanam anggur terhormat dkt rumah tu. Haha taktau la bila nak dapat kerja. Antara along and angah, aku rasa angah matured lagi. Haha. Kalo ada pape baik minta tolong angah dari along sebab angah boleh harap sikit..*kalo along hari ni minta tlg, esok belum tentu dpt lg. haha  . Aku and angah kongsi minat yg sama which is suka memasak and baking….so ktorg mmg suka la mencuba menu2 baru. Hahaha.

My sister, angah

Next, my brother, Muzhaffar bin Ahmad, 17 years old. Satu-satunya insan yang berjantina lelaki dalam adik beradik aku. Haha. Dia belajar di SMK Teknik Alor Setar. Antara ktorg sume, dia la yg paling manja, maybe sbb  dia sorang je anak lelaki kot. Manja kemain ! Haha. Dulu kecik2, aku dgn dia suka sgt bergaduh. Org kata mcm anjing dgn kucing lah. Pantang dok dekat, mesti nak bergaduh..*penah sekali tu sampai rambut aku dia gunting. Haha.  Tapi sekarang ni tak dah la. Masing2 dah besar kan. Hehe.

Ni la adik lelaki aku…

Yeayyy! Finally sampai pon the last person. Dah penat ni nak menaip. Haha

The last person yang aku nak cerita kan ni is about my little sister. Dalam semua adik beradik aku, aku paling sayang dekat dia. Aku paling rapat dengan dia. Dia la buah hati aku. Apa dia buat aku mesti kena ikut, apa aku buat dia akan ikut. Haha. Mana aku pegi mesti dia ada. Tiap kali bila aku ada dekat rumah, dia mesti akan melekat dkt aku. Hehe. Kalo aku ada dkt ‘U’ sentiasa dia call cakap “Alang, balik la. Adik rindu ni.” Haha.


Haa.. ni la adik bongsu aku, Nur Fatihah binti Ahmad, 6 years old (beza umur dia dgn aku 15 tahun). Aku panggil dia tehah or adik. Adik tehah bukan macam kanak-kanak yang lain yg sebaya dengan dia. She’s not a normal kid. Dia merupakan kanak-kanak istimewa. Adik tehah lahir pada 19 march 2008, and masa dia lahir tu berat dia just about 1.7 kg(lengan dia besaq ibu jari je kot time tu). Sejak dia lahir sampai la sekarang, almost setiap bulan mesti akan pegi hospital, check up doctor,operation la, terapi pertuturan, terapi cara kerja,check itu check ini…mcm2 la.*hospital tu dah mcm rumah kedua tehah dah. Haha. Walaupun dia istimewa, kami satu family tak pernah rasa terbeban nak menjaga dia. Cuma penat sikit la nak jaga tehah sbb dia ni jenis yg ‘hyper’. Start je dia bangun tido sampai ke malam, ada je benda yg dia nak buat. Tak reti dok diam. (tambah kalo dia makan benda manis banyak, lagi aktif la dia that day.).  Panjat sana sini, punggah itu ini, lari sana sini, and aku yang nak mengejar dia ni lah yang naik semput,penat ooii nak berlari. Hahaha. Pernah la a few times dia hilang, tapi Alhamdulillah la ktorg dapat jumpa dia balik.  Kami tak pernah merungut pasal kehadiran dia sebagai seorang insan istimewa, kami anggap yang adik tehah ni adalah anugerah yang diberikan olehNya yang tak semua orang dapat. Adik tehah jugak la cahaya yang menceriakan hidup kami sekeluarga tiap-tiap hari. :D

Hmmmm…that all je kot aku rasa aku nak cerita pasal my family. Aku rasa macam dah terlebih cukup je tu. Hahaha

Assalamualaikum.

My precious, my love





No comments:

Post a Comment