Wednesday, 29 October 2014

CONFLICT!?

Assalamualaikum. Hai apa khabar semua? Aku macam biasa lah, sentiasa sihat.

For entry kali ni aku kena tulis pasal conflict yang aku pernah alami with my roommates or housemates. Ala bila dah duduk sekali ni biasa la kan kalau ada yang tak puas hati, gaduh2 manja tu semua kan. Setiap manusia lain2 perangai dia kan. Mana boleh nak sama je semua. Bosan kot. Haha.

Tapi bagi aku, aku rasa aku ni antara insan2 yang terpilih mungkin. Aku tak pernah la lagi dapat housemates or roommates yang perangai pelik2 and aku tak pernah la lagi ada apa2 conflict yang teruk (sampai kena tarik2 rambut, lempar2 pinggan mangkuk bagai kan. Haha) dengan housemates and roommates during my diploma life. Conflict kecik2 tu ada la. Tipu la kalau takde langsung kan. Tapi setakat conflict berkaitan benda2 kecik mcm pinggan mangkuk tak basuh, berebut bilik ayaq, berebut mesin basuh, tak sapu lantai suma2 tu jela. Mula2 tu sakit hati la jugak, stress sorang2 suma ada lah. Tapi lama2 dah terbiasa. So, untuk degree ni, aku dah siap2 dari awal buat jadual tugas utk semua ahli2 rumah aku, so that hidup aku tenang and aku takde nak sakit hati, stress, meroyan sorang2 dah. Hahaha.

Aku bersyukur la juga sebab dapat roommates and housemates yang okay and boleh masuk dengan aku. Kadang tu kesian jugak dekat sapa2 yang ada problem dengan housemates or roommates dorg. Mana tak nya, muka tula yang nak kena hadap tiap2 hari kan. Kalau dah masing2 masam muka memang tak best la nak duduk sekali.

So, aku rasa better kita prevent conflict ni dari terjadi daripada kita nak kena solve conflict tu bila dah terjadi. Antara cara yang boleh kita guna untuk prevent confict2 ni dari terjadi contohnya kita boleh la berbincang dulu before kita nak menuduh or buat apa2 bila ada something happen dgn roomates tu. Jangan la terus nak jump to the conclusion sendiri kan. Pastu kita jugak kena la jaga mulut ni sikit. Jangan la main lepas je cakap, walaupon masa tu kita tgh marah ke apa ke. Kadang tu benda kecik je, tapi sebab mulut tak pasal je jadi besaq *tambah2 kalo perempuan kan. -.-  

Pastu aku rasa better before nak buat something tu, baik kita fikir dulu baik buruk dia tu. So that, takde la nanti jadi benda pelik2, conflict segala bagai kan dgn housemates and roommates kita. Prevent tu lagi elok dari nak solve mungkin. Haha.  

Okay la that’s all for this entry. Till we meet again! Bye. Assalamualaikum.


Saturday, 25 October 2014

APABILA WANITA "BERBISIK"

Assalamualaikum everybody! Haii pejam celik pejam celik, dah masuk 6 entry yang aku post kan. Tak sangkanyaaa..*tetiba terharu. Haha buat teruk.

Okay2, entry ke 6 ni mengisahkan about advertisement review. So, maknanya aku kena la buat review pasal apa2 advertisement kan? So, aku pon decide la nak buat review pasal satu advertisement ni. Aku rasa semua orang tau iklan ni. Tipu la kalo ada sapa yang taktau. Tak tengok tv ka? Hahaha

Iklan ni femes la jugak. Alaa setaraf macam iklan kak ton dgn terlajak laris tu…satu Malaysia tau tagline dia. Haha

Mesti korang macam suspen je kan, apa la iklan yang aku nak review ni kan. Haha. Okay la, meh la aku start cerita.......


Sapa yang tak kenal Yusuf Taiyoob?







Gila kau tak kenal…..*sambil buat muka terkejut  asal nak puasa je mesti ada iklan yusuf taiyoob ni, asal ada iklan yusuf taiyoob je mesti dah nak puasa. Haha.

Bagi aku, iklan ni la salah satu dari iklan yang aku ingat antara banyak2 iklan yang ada. Sebab apa?

Ofcos la sebab tagline dia! haha
“Keenakan buah kurma dari timur tengah..Yusuf Taiyoob..Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya..Yusuf Taiyoob..Buah kurma Safia,WasemSafina dan banyak lagi..Pastinya menjadi pilihan anda setiap masa..Pilihan eksklusif..Yusuf Taiyoob~~”
Nahhhh....skrip iklan yang wajib akan kita dengar sepanjang bulan Ramadhan. Hang dengaq jela dekat mana2, tv, radio suma ada lah. Tambah2 kalo nak dekat berbuka dah tu. Asyik ulang yang tu jela. Haha. Kalo orang sebut pasal Yusuf Taiyoob, mesti kita akan automatic ingat suara perempuan berbisikYusuf Taiyoob~~ kan? Kan? Haha

Bagi aku suara perempuan berbisik tu la yang dah buat iklan kurma Yusuf Taiyoob ni jadi femes. Yela sebab “bisikan” tula yang memberi impak dekat keseluruhan iklan and “bisikan” tu jugak lah yang dah jadi kan iklan tu something yang different. Haha

Walaupon tagline dia tu biasa2 je, tapi cara how dia delivered tagline tu dengan cara “bisikan” tula yang dapat buat orang ingat product dia. Sebab product lain takde pon buat tagline bisikan mcmtu kan. So lagi senang la nak ingat kan. Hehe. Aku rasa ni adalah salah satu marketing strategy yang power and berjaya lah untuk attract customers untuk beli their product. So, lepas ni kalo ada sapa2 yang nak buat iklan, sila buat iklan yang lain dari yang lain okay! Baru nanti orang senang ingat. Haha

Okay, that’s all for today. Jumpa korang next entry pulak okay. Bye! Assalamualaikum.

Sunday, 19 October 2014

AKU dan “AMAXOPHOBIA”

Assalamualaikum. Hai uolss, aku kembali lagi. Dalam dok busy study qmt and osha tetiba teringat blog tak update lagi. So, kita berhenti study jap, kita update blog dulu okay. Haha.


Disebabkan entry ke 5 ni pasal free topic kan, so aku lagi lah takde idea nak tulis pasal apa. Haha. Setelah dah beberapa kali brainstorming, aku pon decide la utk cite pasal benda dekat bawah ni.




Amaxophobia? Apa tu? *Sapa tau angkat tangan. Haha .

Amaxophobia ni bukan sejenis makanan, minuman or buah-buahan ye kawan2. Amaxophobia ni adalah salah satu jenis fobia okay! Kalo dalam bahasa melayu, orang panggil fobia menaiki kenderaan, and salah seorang manusia yang mengidap masalah Amaxophobia ni adalah AKU.

Aku pon taktau la asal aku boleh ada fobia ni. Mungkin sebab dulu masa aku sekolah rendah aku pernah accident and aku jadi trauma, and mungkin sbb tula kot lama2 aku jadi fobia nak naik kenderaan. Kadang tu nak tergelak jugak bila fikir yang aku ni takot nak naik kenderaan. Haha. Tapi terseksa jugak rasa bila aku fobia mcm ni. Tiap kali nak naik kenderaan mula la aku tak senang duduk, gelisah tak tentu pasal. Mula la dalam hati ni nak baca macam2 doa. Hehe.

Amaxophobia jugak dikategorikan sebagai :
  • Takut untuk bawa kenderaan. *sebab tu sampai sekarang aku tak berani bawak kete. Nama je ada lesen kan. Haha
  • Takut menjadi penumpang dalam kenderaan.
  • Takut utk menaiki kereta, kapal terbang, train dan lain2 kenderaan.*kalo nama benda tu kenderaan and dia bergerak, mmg kecut perut la aku nak naik.

 Simptom-simptom biasa yang akan dirasai oleh manusia2 yang ada fobia ni*termasuk lah aku adalah rasa bimbang yang melampau(kadang tu sampai pikir benda yg bukan2 -.- ), pernafasan dan degupan jantung laju(rasa macam baru lepas berlari tu), berpeluh-peluh(padahal ekon pasang kuat je kot).

Haha kelakarkan? Memang tak boleh lawan lah aku dgn fobia ni. Kalo naik kereta(selalunya jadi penumpang la, mmg tak la aku nak drive kantambah2 kalo jalan dkt highway, malam pulak tu, pastu ada pulak bas ke lori ke kat sebelah tu kan, mula la aku jadi tak tentu hala, berpeluh sana sini, seram sejuk sume ada lah. Walaupon muka aku nampak cool je tiap kali naik kereta, tapi dalam hati hanya Allah yg tau apa aku rasa, takot dia macam mana.

 Pastu lagi satu kalo aku naik kereta, aku tak akan tido. Mata aku ni akan sentiasa alert depan, belakang, kiri, kanan. Hahaha. Kalo ngantok mcm mana sekali pon aku tetap akan tahan mata ni supaya jangan terpejam. Sebab aku rasa mcm sangat tak selamat bila aku pejam mata.

Pastu satu lagi, mulut aku pon tak akan berhenti membebel tiap kali aku naik kereta. Dari start je kereta tu berjalan, mulut aku pon akan start la mengeluarkan kata2 hikmah seperti “perlahan sikit, berhenti traffic light merah, brek sikit laju sgt lahhh”. Hahaha. Semakin laju kereta tu bergerak, semakin laju jugak lah mulut aku akan mengeluarkan lontaran vokal. -.-  Bila dah selamat sampai dkt destination tu, baru lah mulut aku tu akan senyap. Dan sebab tula kakak-kakak aku tak suka drive bila ada aku, sebab dorg ckp aku bising, mulut tak reti senyap. Hahaha. Tapi nak buat macam mana kan, bukan aku saja2 nak buat bising, tapi dia automatic tau keluar bebelan2 tu. Haha.

Hmmmm….aku pon taktau la sampai bila aku akan rasa fobia ni, aku pon taktau bila lah rasa takot aku ni akan hilang. Aku harap satu hari nanti rasa takot aku ni akan hilang. Kalo tak hilang pon, berkurang sikit pon Alhamdulillah.

In Shaa Allah. Amin.




p/s : Sebenarnya segan nak cite sbb ni kelemahan aku kan. Tapi dah tercerita kan. Takpelah, atleast orang dah tau aku ni takot naik kenderaan kan. So, lepas ni kalo aku naik kereta dengan korang, “Please! Bawak kete elok2 ye, tak mau laju2, iolss takot. Hehe”.








Thursday, 16 October 2014

INTEGRITY AND ETHICS. APA ITU?


Assalamualaikum…. Hi! I'm back for the fourth entry.


In this entry I will explain about integrity and ethics.






Okay, first I would like to explain about integrity. Masa aku google, aku jumpa la definition integrity mcm dekat bawah ni
.
.
.

Integrity means following your moral or ethical convictions and doing the right thing in all circumstances. Then, having integrity means you are true to yourself and would do nothing that demeans or dishonors you.


Kalau ikut kefahaman aku, integrity ni maksud dia lebih kurang macam kita kena lah sentiasa buat baik and buat benda yang betul dalam apa juga situation. Kiranya kena jujur and tak boleh menipu lah. *tak kisah lah orang lain tau ke tak. Tak kisah lah orang lain tengok ke tak apa yg kita buat tu.   

Pastu integrity ni sangat berkait rapat dengan ethics. Maknanya, dekat mana ada ethics, mesti akan ada juga integrity ni and vice versa.*macam “bagai isi dgn kuku la.” Haha betul ke? Hahaha.




Contoh integrity yg perlu ada as a student aku rasa adalah sentiasa jujur utk setiap quiz, test and exam yg kita buat and tak berniat utk cuba nak meniru dalam that exam. Walaupon kita tak tau nak buat, but kita tak meniru org lain. Buat semampu yg kita boleh je. Memang org lain tak tau niat kita tu, tapi kita tetap integrity utk tak tiru org lain(betul ke ehh contoh aku ni? Haha). Be responsible. Do what you say you will do, pon aku rasa salah satu contoh integrity dalam diri yg kita perlu ada.


 “Have the courage to say no. Have the courage to face the truth. Do the right thing because it is right. These are the magic keys to living your life with integrity.” - W. Clement Stone 





 Next, aku nak explain pulak pasal ethics. Kalau orang melayu panggil etika.

 Ethics, sometimes known as moral philosophy, is a branch of philosophy that involves systematizing, defending and recommending concepts of right and wrong conduct, often addressing disputes of moral diversity.
.
.
.

Kalau ikut google, maksud ethics macam dkt atas ni lah. Kalau based on aku punya kefahaman, ethics ni adalah nilai-nilai and moral yang act as indicator utk membentuk tingkah laku and perangai seseorang tu.*maknanya, dgn adanya ethics ni lah yang akan determine seseorang tu nak jadi baik or jahat. Seseorang tu must follow semua rules yang ditetapkan in their daily life. Takde la ikut suka dorg je nak buat apa kan. Haha. Contoh dia, mcm etika makan ke, etika berpakaian ke. Kannnnn..*aku rasa lah. haha

Kalau seseorang tu ada ethics dalam diri dorg, automatically dorg jugak akan ada integrity dalam diri dorg. Sebabnya, ethics ni mcm mak la dekat integrity tu, and integrity ni anak kepada ethics tu. Haha

Pastu, integrity and ethics ni sangat lah penting for semua individual and organization sebab dua benda ni lah yang akan make sure all the activity and program yang dibuat tu dapat achieve target macam apa yang dorg nak and target tu dicapai dengan cara yang baik n betul serta beretika.






Okayy! aku rasa that’s all my opinion about integrity and ethics. Cukup-cukup la tu kan*sebenarnya aku dah taktau nak tulis apa dah. Hehe.  Nanti kita jumpa lagi okay for the next entry. Till we meet again, bubye!


Assalamualaikum.



            

Thursday, 9 October 2014

MY PRECIOUS, MY LOVE

Assalamualaikum and hi there! I'm back for the third entry. Hoyeahh ! Haha

Untuk entry ketiga ni aku rasa, entry yang aku paling suka and ada banyak idea aku nak tulis. Haha . Dalam entry ni aku nak cerita la serba sikit pasal wajah-wajah kesayangan hamba, buah hati pengarang jantung aku. Gituuu. Hehe . But before aku story mory pasal buah-buah hati aku tu, aku nak la jugak cite pasal diri aku. Haha nyebokk je nadhirah ooiii. -.-

Okay tak kisah, nak cite jugak!  Nama diberi oleh mak abah lepas je aku lahir, Nur Nadhirah binti Ahmad.  Tapi jarang sangat lah org panggil aku nadhirah. Mostly, org akan panggil aku nad, nadhi, nanad or dira. Dan setakat ni takde lagi la yang panggil aku nur. *rasa mcm ayu sangatkan bila org panggil nur. Haha. Tapi bila dengan my family, sedara mara, makcik-makcik jiran sebelah rumah, dorg tak panggil aku by name. Dorg akan panggil aku “alang”. Sebab dah terbiasa dgn panggilan tu, aku akan rasa awkward gler bila dorg panggil aku by my real name. Haha. Aku lahir dkt Kuala Pilah, Negeri Sembilan but now menetap dekat Taiping, Perak since aku 3 tahun.  Aku anak ketiga daripada 5 adik beradik. *japgi dekat bawah aku cite pasal adik beradik aku yg lain ye. Aku lahir pada 3 october 1993. So sekarang umur aku 21 tahun 5 hari. Lebih kurang la.

Hmm…. apa lagi aku nak cite ehh pasal aku? Tu je kot. Haha


Okay2 back to the pangkal jalan, before aku makin ajaran sesat kan. Aku sebenarnya nak cerita pasal family aku tapi aku dok pi melalut cite pasal aku pasai apa tah. Hahaha.


Haaa! nampak dak gambar dekat atas tu? Gambar sapa tu?

Haa tula Encik Ahmad. My first hero in my life. Aku panggil En Ahmad ni abah. So, dia abah aku la. Hehe. Nama penuh abah aku Ahmad bin Mat Ariff, lahir pada 14 jun 1960. *ha pi amek calculator lekaihh kira bape umur abah. Haha  Abah merupakan anak ke-4 dari 9 adik beradik. Abah lahir dekat Kedah. So bila bercakap dengan abah mmg ktorg speaking kedah la. Haha. Abah aku ni seorang anggota polis. La ni dia keje dekat IPD IPOH as Pegawai Tatatertib Polis(ala-ala cikgu disiplin la kalo dkt sekolah tu). Abah sgt la tegas orangnya. Sekali dia buat muka serius, ketaq pala lutut nak ckp dgn dia ooii. Haha. Kalo sekali dia ckp jgn buat something yg dia tak suka tu, so better jgn buat. . *ulang suara “JANGAN BUAT”  Kalo ada anak-anak dia yg berani buat jgk, and then dia dapat tau. Siap la mereka2 tu kena soal siasat dengan abah nanti..*mmg time tu rasa mcm diri ni banduan yg dok dlm lokap yg tgh kena soal siasat tu Tapi setegas-tegas abah tu, abah baik sebenarnya. Muka je garang, tapi hati abah baik okay! Kalo anak2 dia nak apa-apa, just minta je dekat abah. Kadang tu abah bising jugak masa ktorg minta itu ini. Tapi takpe pekak kan je telinga kejap sbb sure ptg nanti mesti dapat punya lah apa yang ktorg minta tu. Hehe. Pastu abah ni jenis yang tak suka memaksa anak-anak dia buat sesuatu keputusan tu ikut keputusan dia. Abah akan biar anak-anak dia pilih sendiri keputusan apa yang dorg nak buat, so that ktorg boleh jadi matang sikit. Reti nak pikir itu ini sendiri. Haha. Satu lagi, abah ni jenis yang sangat risaukan pasal anak-anak dia. Tambah-tambah la pulak dia ada 4 org puteri kan. Sebab tu abah tak berapa suka kalo anak-anak dia keluar lama-lama. Japgi kalo balik lewat sikit mesti fon akan menjerit-jerit dgn panggilan dari En Ahmad. Haha. Pastu lagi satu, anak-anak pompuan En Ahmad sume takde lesen moto. Sebab apa ye? Sebab En Ahmad tak kasi amik and bawak motor la, sbb tu takde. Kalo nak kemana bwk kete okay. Motor not allowed. Haha

Okay, second person yg sgt sgt sgt penting dalam hidup aku  à my mak, Puan Zawiah binti Mohd Kasa which is 4 years younger dari abah.

Puan Zawiah yg sebelah kiri tu ye. Hehe
Macam abah, mak pon anak ke-4. Hewhew. But, mak cuma ada 8 adik beradik. Mak lahir dekat Perak (anak jati perak ni). Mostly mak akan ckp loghat perak dengan anak-anak dia. So,kesimpulannya anak-anak yg pening. Bila dgn abah speaking kedah, bila dgn mak kena speaking perak pulak. Hahaha (tp aku selalu campur aduk ja bila ckp, bahasa mana yg kluor ikut dan depa la. Hahaha). Mak tak kerja, housewife sepenuh masa hokey. Dialah cikgu, dialah chef, dialah semuanya utk anak-anak dia. She is a very loving mom (itu semestinya), and aku rasa dalam rumah, org yang paling banyak bercakap is mak. Hehe. Tiap-tiap hari ada je benda yg dia akan pot.pet.pot.pet dekat anak-anak dia ni. Haha. But it’s okay sbb sume yg dia pot.pet.pot.pet tu benda betul kan. Dia la yg akan sentiasa ingatkan anak-anak pasal macam-macam, nasihat itu ini… Dia selalu akan pesan dkt anak-anak dia, “solat jgn tinggal, belajar elok-elok, pandai2 jaga diri”. And dekat mak la yang aku akan selalu bercerita kalo ada apa-apa. Hehe. Aku bersyukur sangat dpt abah yg tegas and mak yg kuat pot.pet.pot.pet, and sebab dorg mcm tula, dorg boleh didik anak-anak *terutamanya aku jadi manusia yg berguna, and not hantu raya yg berkeliaran tu. Haha

Okay habis dah story mory pasal my parents, now aku nak cerita pulak pasal adik beradik aku. (Aisyhh! awat la adik beradik aku ramai sgt ni, jenuh nak taip. Untung la sapa adik beradik sikit tu. Haha).
Nampak dak yg dkt atas tu, yg sebelah mak aku tu. Haa, hat tu la kakak sulung aku. Nampak dak? tak nampak? Malas nak scroll ke atas eh? Okay2 aku belanja la satu lagi gambar kakak aku tu. Nahhhh....

Haa! ni la kakak sulung aku. Haha
Nama dia Nurul Aqilah binti Ahmad. Aku panggil dia “along”, kadang-kadang “nurui”.  She 24 years old. Lahir 11 September 1990. Work at Unisem(M) Sdn. Bhd as Software Engineer. Antara sume adik beradik aku, dia la ‘anak emas’ mak*apa yg dia nak sume dpt -.- Ok fine! Haha   Along aku ni baik la jugak sebabnya dia selalu bagi aku duit poket.hahaha Tapi satu je aku tak suka dgn along aku ni, dia suka kebas barang2 aku buat harta dia sendiri, tambah2 baju and tudung *tau la sama saiz, pinjam dah la. Adoii. -.-

Kakak aku yang kedua, Nur Amirah binti Ahmad. Aku panggil dia “angah”. She 23 years old. Lahir 16 September 1991. She just finish her study dkt UTHM bulan 6 ritu, and now dia seorang penanam anggur terhormat dkt rumah tu. Haha taktau la bila nak dapat kerja. Antara along and angah, aku rasa angah matured lagi. Haha. Kalo ada pape baik minta tolong angah dari along sebab angah boleh harap sikit..*kalo along hari ni minta tlg, esok belum tentu dpt lg. haha  . Aku and angah kongsi minat yg sama which is suka memasak and baking….so ktorg mmg suka la mencuba menu2 baru. Hahaha.

My sister, angah

Next, my brother, Muzhaffar bin Ahmad, 17 years old. Satu-satunya insan yang berjantina lelaki dalam adik beradik aku. Haha. Dia belajar di SMK Teknik Alor Setar. Antara ktorg sume, dia la yg paling manja, maybe sbb  dia sorang je anak lelaki kot. Manja kemain ! Haha. Dulu kecik2, aku dgn dia suka sgt bergaduh. Org kata mcm anjing dgn kucing lah. Pantang dok dekat, mesti nak bergaduh..*penah sekali tu sampai rambut aku dia gunting. Haha.  Tapi sekarang ni tak dah la. Masing2 dah besar kan. Hehe.

Ni la adik lelaki aku…

Yeayyy! Finally sampai pon the last person. Dah penat ni nak menaip. Haha

The last person yang aku nak cerita kan ni is about my little sister. Dalam semua adik beradik aku, aku paling sayang dekat dia. Aku paling rapat dengan dia. Dia la buah hati aku. Apa dia buat aku mesti kena ikut, apa aku buat dia akan ikut. Haha. Mana aku pegi mesti dia ada. Tiap kali bila aku ada dekat rumah, dia mesti akan melekat dkt aku. Hehe. Kalo aku ada dkt ‘U’ sentiasa dia call cakap “Alang, balik la. Adik rindu ni.” Haha.


Haa.. ni la adik bongsu aku, Nur Fatihah binti Ahmad, 6 years old (beza umur dia dgn aku 15 tahun). Aku panggil dia tehah or adik. Adik tehah bukan macam kanak-kanak yang lain yg sebaya dengan dia. She’s not a normal kid. Dia merupakan kanak-kanak istimewa. Adik tehah lahir pada 19 march 2008, and masa dia lahir tu berat dia just about 1.7 kg(lengan dia besaq ibu jari je kot time tu). Sejak dia lahir sampai la sekarang, almost setiap bulan mesti akan pegi hospital, check up doctor,operation la, terapi pertuturan, terapi cara kerja,check itu check ini…mcm2 la.*hospital tu dah mcm rumah kedua tehah dah. Haha. Walaupun dia istimewa, kami satu family tak pernah rasa terbeban nak menjaga dia. Cuma penat sikit la nak jaga tehah sbb dia ni jenis yg ‘hyper’. Start je dia bangun tido sampai ke malam, ada je benda yg dia nak buat. Tak reti dok diam. (tambah kalo dia makan benda manis banyak, lagi aktif la dia that day.).  Panjat sana sini, punggah itu ini, lari sana sini, and aku yang nak mengejar dia ni lah yang naik semput,penat ooii nak berlari. Hahaha. Pernah la a few times dia hilang, tapi Alhamdulillah la ktorg dapat jumpa dia balik.  Kami tak pernah merungut pasal kehadiran dia sebagai seorang insan istimewa, kami anggap yang adik tehah ni adalah anugerah yang diberikan olehNya yang tak semua orang dapat. Adik tehah jugak la cahaya yang menceriakan hidup kami sekeluarga tiap-tiap hari. :D

Hmmmm…that all je kot aku rasa aku nak cerita pasal my family. Aku rasa macam dah terlebih cukup je tu. Hahaha

Assalamualaikum.

My precious, my love





Saturday, 4 October 2014

FUTURE HERE I COME !

4 October 2014...

Semalam 3 October 2014, hari lahir aku yang ke 21. 21 okay. Macam dah tua. Tapi mmg makin tua pon kan. Haha. Pastu sambil dok mengenang usia aku yang makin dah tua ni, aku jadi terfikir, masa depan aku nanti macam mana? Apa aku akan jadi 5 years from now? Sekarang makan minum pakaian aku sume mak abah yg tanggung. Nak apa sume mak abah kasi. Tp tak kan la aku nak terus berharap dkt dorg kan. Mesti la taknak. Heyy! Tak malu ke dah tua pon nak guna duit mak abah lagi. Haha. So, start hari ni better aku start plan dah apa yang aku nak jadi 5 years from today. Memang aku kena start pikir secara serius dah ni. Aku kan dah makin tua. Haha.

 So semalam lepas dah dapat kesedaran yang aku dah makin tua, aku pon rajin-rajinkan la diri ni pi search dekat google tu keje apa yang aku nak keje nanti. Disebabkan aku ni major in Operation Management, so benda first yang aku search mesti la Operation Manager. Hehe. Lepas dah belek-belek dia punya requirement dengan gaji, aku macam tertarik la jugak nak keje as Operation manager ni. Walaupon keje dekat kilang kan, tapi aku takde la nak kena naik van biru tu kan. Hahaha. Kalo dari segi gaji, macam banyak la jugak aku tengok average gaji yg di offer tu. Haha. Mmg aku search keje yang banyak gaji jela. Mana tak nya, aku yang tak abes belajar ni pon dah ada hutang kan. Lepas je abes degree ni, aku punya hutang ptptn ni pon makin bertimbun. So sekarang ni mmg kena jadi mata duitan jugak la kan bila nak cari keje ni. Haha.

Bukan je aku nak kena pikir pasal nak bayar hutang ptptn je. Nanti bila aku dah keje aku mesti la nak kena pasal sume perbelanjaan yang aku nak guna. Makan minum pakaian aku sume mesti la aku nak kena tanggung sendiri. Tambah-tambah pompuan kan, perbelanjaan dia lebih sikit. Hahaha. Pastu as anak, aku kena la jugak balas balik jasa mak abah aku yang dah besarkan aku dari kecil sampai la dah besaq dari dorg ni kan. Haha. Tiap-tiap bulan wajib kena bagi mak abah sebahagian dari gaji aku ni dkt dorg. So kalo ak keje gaji yang tinggi, byk la sikit yg aku boleh bagi dekat dorg. Kan kan. Lagi satu, ofcos la aku nak kena simpan duit utk………kawin. Sapa tak mau kawin kan. Hahahaha.

Jadi..jadi… disebabkan aku nak kawin kan, so aku kena ada gaji tinggi, so aku kena keje, so bila nak keje, aku kena la start plan dah apa yg aku nak kena buat dari sekarang. So sekarang yang paling penting, aku kena study hard and smart. Sekarang ni no more main-main macam zaman diploma dulu. Haha. So that apa yang aku nak akan aku dapat. 
In Shaa Allah. Aminn

Bila ada masa lapang tu,selalunya aku akan isi masa lapang tu dengan buat benda-benda yang aku suka. Tapi selalunya aku akan buat benda-benda yang akan release tension aku. For example, tengok cite korea tak pon kartun. Tapi macam banyak aku tengok kartun je. Minat sgttt. Tambah-tambah kalo kartun yang ada lagu-lagu. Hahaha. Pastu satu lagi benda yang aku aku selalu buat………TIDO. Hobi kot tu. Hahaha.

Okay lah. Dah cukup rasanya aku merapu untuk second entry ni. Nak baca pon macam dah terpaksa ja kan. Haha. Kita jumpa next entry pulak ye. 

Assalamualaikum