Thursday, 20 November 2014

BEAUTIFUL !

Assalamualaikum. Hai uolss. I'm back for the last entry. Hoyehh!! haha
For this entry, I kindly wants to share a song that has inspire me. Tadaaa!! Here is it. Haha

Christina Aguilera - Beautiful

Every day is so wonderful
Suddenly it's hard to breathe
Now and then I get insecure
From all the pain, I'm so ashamed

I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down, oh no
So don't you bring me down today

To all your friends you're delirious
So consumed in all your doom
Trying hard to fill the emptiness, the piece is gone
Left the puzzle undone, ain't that the way it is?

You are beautiful no matter what they say
Words can't bring you down, oh no
You are beautiful in every single way
Yes, words can't bring you down, oh no
So don't you bring me down today

No matter what we do
(No matter what we do)
No matter what we say
(No matter what we say)
We're the song inside the tune
Full of beautiful mistakes

And everywhere we go
(Everywhere we go)
The sun will always shine
(Sun will always shine)
But tomorrow we might awake on the other side

'Cause we are beautiful no matter what they say
Yes, words won't bring us down, oh no
We are beautiful in every single way
Yes, words can't bring us down, oh no
So don't you bring me down today

Don't you bring me down today,
Don't you bring me down today




YES! Its true. “You’re beautiful. No matter what they say”There’s something beautiful for someone in almost everything. So people, don’t focus on the negatives, focus only on the positives. Okay!

I love this song. The first time I heard it I fell in love with it. This song inspires me not to worry about what other people say about me cause basically you shouldn't care about it. 

Okay that's all from me about the song review. Hehe. Till we meet again uolss! Take care, Bye! Assalamualaikum.

p/s : Sebabkan aku letak lagu omputih kan. So entry last ni kita acah2 speaking omputih jugak la kan. Haha



Saturday, 15 November 2014

COBAAN~~

Assalamualaikum. Haiii kita ketemu lagi untuk entry yang ke 9.

Untuk entry kali ni, again kitorang boleh tulis pasal anything. Disebabkan free topic kan, so aku decide nak cerita pasal apa yang dah jadi dekat aku sepanjang minggu ni. *sebenarnya taktau nak tulis pasal apa, otak jammed pikiaq byk benda. haha Fuhhhh..minggu ni sangat mencabar bagi aku. Tambah2 my mental. Tak pernah2 benda2 ni jadi dekat aku sebelum ni. I is sad you know.

First thing yang dah buat aku muram durjana sepanjang minggu ni is sebab aku TAK BOLEH NAK BALIK RUMAH! Arghhhh!!!! Dah plan baik punya ingat nak balik rumah this week, (rindunya dekat adik tehah) sebab takde pape event kan. But disebabkan kerja banyak (berdebukk debukk luruh) nak kena buat, tambah pulak dengan test berderet minggu depan so aku terpaksa la batalkan niat murni aku tu. So aku dengan pasrah menyerah terpaksa la duduk dekat merbok terchenta ni study okay. -.- Okay fine dah tak dapat balik rumah kan. So aku pon duk la diam2.

Pastu nak dijadikan cerita, dah la dok tengah sedih tak dapat nak balik rumah kan. Pastu boleh pulak FON AKU ROSAK! ROSAK?? WHAT??!!! Time ni jugak la hg nak rosak kan tepon oiii. Mengada betoi. T_T Bukan rosak sikit2..sampai tak boleh nak ON langsung kot. Dah la tiba2 je jadi. Again! Nadhirah is sad. T_T *rasa nak menangis kot time ni. Nak tepon mak pon aku kena pinjam fon mida.*nasib la no fon mak abah aku ingat. Sadiss gilerr. Arghhh stress!! Jadi kepada sesiapa yang tak dapat contact aku dua tiga hari ni, maaf la ye. Mmg tak akan dapat pon la. Toksah dok gigih. Fon aku rosak! Taktau la bila nak elok balik fon aku ni. Hmmm.

Okay hati tengah berduka sebab tak boleh balik kan. Pastu tambah pulak fon rosak kan. Jadi moody aku dah jadi MOODY kuasa dua ni. Pastu housemate aku ajak keluar pi makan, okay aku pon ikut la dgn harapan stress aku ni hilang. Pastu satu lagi aku mmg nak keluar pi cari kedai repair fon pon kan. So aku pon ikut la. Before pi makan tu kitorg singgah bank keluar duit dulu. Again nak dijadikan cerita sedih, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pastu tergolek-golek pulak. Time aku nak keluar duit tu, kad bank aku kena reject sebab chip card ROSAK! WHAT??!! AGAIN?!! Banyak kali kot aku try, still sama jugak kena reject. Stress rasa macam nak telan orang pon ada masa tu. Dah la time tu dalam purse aku ada RM30 je. *memang masa tu rasa nak nangis je dkt bank tu. Nasib ramai org je. Kalo tak mmg aku meraung dah. Nak tepon mak mengadu pon tak boleh, fon rosak kan T_T Arghh!! Stress bertubi2. Taktau nak buat apa. Awat semua benda ni jadi dekat aku dalam satu masa (penat mental aku nak fikir, tambah lagi nak kena fikir test semua bagai). Huarghh mak, alang nak balik!! T__T


p/s : Sorry entry kali ni emosi terlebih. Mood aku tak berapa nak betul sgt. Hopes jangan ada sapa2 yang cari pasal dgn aku kalo tak mau kena sembuq.

Monday, 10 November 2014

IT’S MOTIVATE ME!

Assalamualaikum…

Haii apa khabar semuanya?? Aku macam biasa lah. Sihat sentiasa. Haha

Okay hari ni aku nak cerita sikit pasal quotes yang boleh give motivation dekat aku dan orang2 lain jugak!

Sebenarnya ada banyak quotes yang boleh bagi movitation dekat kita ni. Tapi aku tertarik nak share pasal dua quotes dekat bawah ni untuk entry aku kali ni. Aku rasa macam best je quotes ni. Haha




Aku suka dengan kata2 yang ada dalam gambar dkt atas ni. Such a nice quote yang boleh motivate kita untuk tidak mudah berputus asa. Walau apa pon terjadi, kita tetap kena keep moving forward. Walau apa pon jadi, kita kena cari jalan untuk terus maju ke hadapan. Sesukar mana pon masalah yang kita kena tempuh, kita tetap kena kuat. Jangan mudah putus asa sebab in the end mesti kita akan jumpa juga the happiness yang kita nak tu.





Yes! Aku agree dengan quote ni. Second quote ni can motivate kita untuk percaya kepada diri sendiri lebih daripada orang lain. If kita believe dgn diri kita sendiri, kita akan rasa lagi confident untuk buat something sbb kita akan rasa yakin yang diri kita boleh buat benda tu. Bila kita believe dgn diri sendiri, kita akan abaikan semua kata2 negative yang akan menjatuhkan kita. Bila kita believe dgn diri sendiri, kita akan dapat buat semua apa yang kita nak. Ni la yang akan buat kita success and boleh achieve apa yang kita nak. So, before kita percaya dgn orang lain, make sure kita kena believe in ourselves dulu.

Okay that’s all for entry kali ni. Next entry kita share pasal benda lain pulak okay. 

Sehingga kita ketemu lagi ye. Bye! Assalamualaikum.



Wednesday, 29 October 2014

CONFLICT!?

Assalamualaikum. Hai apa khabar semua? Aku macam biasa lah, sentiasa sihat.

For entry kali ni aku kena tulis pasal conflict yang aku pernah alami with my roommates or housemates. Ala bila dah duduk sekali ni biasa la kan kalau ada yang tak puas hati, gaduh2 manja tu semua kan. Setiap manusia lain2 perangai dia kan. Mana boleh nak sama je semua. Bosan kot. Haha.

Tapi bagi aku, aku rasa aku ni antara insan2 yang terpilih mungkin. Aku tak pernah la lagi dapat housemates or roommates yang perangai pelik2 and aku tak pernah la lagi ada apa2 conflict yang teruk (sampai kena tarik2 rambut, lempar2 pinggan mangkuk bagai kan. Haha) dengan housemates and roommates during my diploma life. Conflict kecik2 tu ada la. Tipu la kalau takde langsung kan. Tapi setakat conflict berkaitan benda2 kecik mcm pinggan mangkuk tak basuh, berebut bilik ayaq, berebut mesin basuh, tak sapu lantai suma2 tu jela. Mula2 tu sakit hati la jugak, stress sorang2 suma ada lah. Tapi lama2 dah terbiasa. So, untuk degree ni, aku dah siap2 dari awal buat jadual tugas utk semua ahli2 rumah aku, so that hidup aku tenang and aku takde nak sakit hati, stress, meroyan sorang2 dah. Hahaha.

Aku bersyukur la juga sebab dapat roommates and housemates yang okay and boleh masuk dengan aku. Kadang tu kesian jugak dekat sapa2 yang ada problem dengan housemates or roommates dorg. Mana tak nya, muka tula yang nak kena hadap tiap2 hari kan. Kalau dah masing2 masam muka memang tak best la nak duduk sekali.

So, aku rasa better kita prevent conflict ni dari terjadi daripada kita nak kena solve conflict tu bila dah terjadi. Antara cara yang boleh kita guna untuk prevent confict2 ni dari terjadi contohnya kita boleh la berbincang dulu before kita nak menuduh or buat apa2 bila ada something happen dgn roomates tu. Jangan la terus nak jump to the conclusion sendiri kan. Pastu kita jugak kena la jaga mulut ni sikit. Jangan la main lepas je cakap, walaupon masa tu kita tgh marah ke apa ke. Kadang tu benda kecik je, tapi sebab mulut tak pasal je jadi besaq *tambah2 kalo perempuan kan. -.-  

Pastu aku rasa better before nak buat something tu, baik kita fikir dulu baik buruk dia tu. So that, takde la nanti jadi benda pelik2, conflict segala bagai kan dgn housemates and roommates kita. Prevent tu lagi elok dari nak solve mungkin. Haha.  

Okay la that’s all for this entry. Till we meet again! Bye. Assalamualaikum.


Saturday, 25 October 2014

APABILA WANITA "BERBISIK"

Assalamualaikum everybody! Haii pejam celik pejam celik, dah masuk 6 entry yang aku post kan. Tak sangkanyaaa..*tetiba terharu. Haha buat teruk.

Okay2, entry ke 6 ni mengisahkan about advertisement review. So, maknanya aku kena la buat review pasal apa2 advertisement kan? So, aku pon decide la nak buat review pasal satu advertisement ni. Aku rasa semua orang tau iklan ni. Tipu la kalo ada sapa yang taktau. Tak tengok tv ka? Hahaha

Iklan ni femes la jugak. Alaa setaraf macam iklan kak ton dgn terlajak laris tu…satu Malaysia tau tagline dia. Haha

Mesti korang macam suspen je kan, apa la iklan yang aku nak review ni kan. Haha. Okay la, meh la aku start cerita.......


Sapa yang tak kenal Yusuf Taiyoob?







Gila kau tak kenal…..*sambil buat muka terkejut  asal nak puasa je mesti ada iklan yusuf taiyoob ni, asal ada iklan yusuf taiyoob je mesti dah nak puasa. Haha.

Bagi aku, iklan ni la salah satu dari iklan yang aku ingat antara banyak2 iklan yang ada. Sebab apa?

Ofcos la sebab tagline dia! haha
“Keenakan buah kurma dari timur tengah..Yusuf Taiyoob..Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya..Yusuf Taiyoob..Buah kurma Safia,WasemSafina dan banyak lagi..Pastinya menjadi pilihan anda setiap masa..Pilihan eksklusif..Yusuf Taiyoob~~”
Nahhhh....skrip iklan yang wajib akan kita dengar sepanjang bulan Ramadhan. Hang dengaq jela dekat mana2, tv, radio suma ada lah. Tambah2 kalo nak dekat berbuka dah tu. Asyik ulang yang tu jela. Haha. Kalo orang sebut pasal Yusuf Taiyoob, mesti kita akan automatic ingat suara perempuan berbisikYusuf Taiyoob~~ kan? Kan? Haha

Bagi aku suara perempuan berbisik tu la yang dah buat iklan kurma Yusuf Taiyoob ni jadi femes. Yela sebab “bisikan” tula yang memberi impak dekat keseluruhan iklan and “bisikan” tu jugak lah yang dah jadi kan iklan tu something yang different. Haha

Walaupon tagline dia tu biasa2 je, tapi cara how dia delivered tagline tu dengan cara “bisikan” tula yang dapat buat orang ingat product dia. Sebab product lain takde pon buat tagline bisikan mcmtu kan. So lagi senang la nak ingat kan. Hehe. Aku rasa ni adalah salah satu marketing strategy yang power and berjaya lah untuk attract customers untuk beli their product. So, lepas ni kalo ada sapa2 yang nak buat iklan, sila buat iklan yang lain dari yang lain okay! Baru nanti orang senang ingat. Haha

Okay, that’s all for today. Jumpa korang next entry pulak okay. Bye! Assalamualaikum.

Sunday, 19 October 2014

AKU dan “AMAXOPHOBIA”

Assalamualaikum. Hai uolss, aku kembali lagi. Dalam dok busy study qmt and osha tetiba teringat blog tak update lagi. So, kita berhenti study jap, kita update blog dulu okay. Haha.


Disebabkan entry ke 5 ni pasal free topic kan, so aku lagi lah takde idea nak tulis pasal apa. Haha. Setelah dah beberapa kali brainstorming, aku pon decide la utk cite pasal benda dekat bawah ni.




Amaxophobia? Apa tu? *Sapa tau angkat tangan. Haha .

Amaxophobia ni bukan sejenis makanan, minuman or buah-buahan ye kawan2. Amaxophobia ni adalah salah satu jenis fobia okay! Kalo dalam bahasa melayu, orang panggil fobia menaiki kenderaan, and salah seorang manusia yang mengidap masalah Amaxophobia ni adalah AKU.

Aku pon taktau la asal aku boleh ada fobia ni. Mungkin sebab dulu masa aku sekolah rendah aku pernah accident and aku jadi trauma, and mungkin sbb tula kot lama2 aku jadi fobia nak naik kenderaan. Kadang tu nak tergelak jugak bila fikir yang aku ni takot nak naik kenderaan. Haha. Tapi terseksa jugak rasa bila aku fobia mcm ni. Tiap kali nak naik kenderaan mula la aku tak senang duduk, gelisah tak tentu pasal. Mula la dalam hati ni nak baca macam2 doa. Hehe.

Amaxophobia jugak dikategorikan sebagai :
  • Takut untuk bawa kenderaan. *sebab tu sampai sekarang aku tak berani bawak kete. Nama je ada lesen kan. Haha
  • Takut menjadi penumpang dalam kenderaan.
  • Takut utk menaiki kereta, kapal terbang, train dan lain2 kenderaan.*kalo nama benda tu kenderaan and dia bergerak, mmg kecut perut la aku nak naik.

 Simptom-simptom biasa yang akan dirasai oleh manusia2 yang ada fobia ni*termasuk lah aku adalah rasa bimbang yang melampau(kadang tu sampai pikir benda yg bukan2 -.- ), pernafasan dan degupan jantung laju(rasa macam baru lepas berlari tu), berpeluh-peluh(padahal ekon pasang kuat je kot).

Haha kelakarkan? Memang tak boleh lawan lah aku dgn fobia ni. Kalo naik kereta(selalunya jadi penumpang la, mmg tak la aku nak drive kantambah2 kalo jalan dkt highway, malam pulak tu, pastu ada pulak bas ke lori ke kat sebelah tu kan, mula la aku jadi tak tentu hala, berpeluh sana sini, seram sejuk sume ada lah. Walaupon muka aku nampak cool je tiap kali naik kereta, tapi dalam hati hanya Allah yg tau apa aku rasa, takot dia macam mana.

 Pastu lagi satu kalo aku naik kereta, aku tak akan tido. Mata aku ni akan sentiasa alert depan, belakang, kiri, kanan. Hahaha. Kalo ngantok mcm mana sekali pon aku tetap akan tahan mata ni supaya jangan terpejam. Sebab aku rasa mcm sangat tak selamat bila aku pejam mata.

Pastu satu lagi, mulut aku pon tak akan berhenti membebel tiap kali aku naik kereta. Dari start je kereta tu berjalan, mulut aku pon akan start la mengeluarkan kata2 hikmah seperti “perlahan sikit, berhenti traffic light merah, brek sikit laju sgt lahhh”. Hahaha. Semakin laju kereta tu bergerak, semakin laju jugak lah mulut aku akan mengeluarkan lontaran vokal. -.-  Bila dah selamat sampai dkt destination tu, baru lah mulut aku tu akan senyap. Dan sebab tula kakak-kakak aku tak suka drive bila ada aku, sebab dorg ckp aku bising, mulut tak reti senyap. Hahaha. Tapi nak buat macam mana kan, bukan aku saja2 nak buat bising, tapi dia automatic tau keluar bebelan2 tu. Haha.

Hmmmm….aku pon taktau la sampai bila aku akan rasa fobia ni, aku pon taktau bila lah rasa takot aku ni akan hilang. Aku harap satu hari nanti rasa takot aku ni akan hilang. Kalo tak hilang pon, berkurang sikit pon Alhamdulillah.

In Shaa Allah. Amin.




p/s : Sebenarnya segan nak cite sbb ni kelemahan aku kan. Tapi dah tercerita kan. Takpelah, atleast orang dah tau aku ni takot naik kenderaan kan. So, lepas ni kalo aku naik kereta dengan korang, “Please! Bawak kete elok2 ye, tak mau laju2, iolss takot. Hehe”.








Thursday, 16 October 2014

INTEGRITY AND ETHICS. APA ITU?


Assalamualaikum…. Hi! I'm back for the fourth entry.


In this entry I will explain about integrity and ethics.






Okay, first I would like to explain about integrity. Masa aku google, aku jumpa la definition integrity mcm dekat bawah ni
.
.
.

Integrity means following your moral or ethical convictions and doing the right thing in all circumstances. Then, having integrity means you are true to yourself and would do nothing that demeans or dishonors you.


Kalau ikut kefahaman aku, integrity ni maksud dia lebih kurang macam kita kena lah sentiasa buat baik and buat benda yang betul dalam apa juga situation. Kiranya kena jujur and tak boleh menipu lah. *tak kisah lah orang lain tau ke tak. Tak kisah lah orang lain tengok ke tak apa yg kita buat tu.   

Pastu integrity ni sangat berkait rapat dengan ethics. Maknanya, dekat mana ada ethics, mesti akan ada juga integrity ni and vice versa.*macam “bagai isi dgn kuku la.” Haha betul ke? Hahaha.




Contoh integrity yg perlu ada as a student aku rasa adalah sentiasa jujur utk setiap quiz, test and exam yg kita buat and tak berniat utk cuba nak meniru dalam that exam. Walaupon kita tak tau nak buat, but kita tak meniru org lain. Buat semampu yg kita boleh je. Memang org lain tak tau niat kita tu, tapi kita tetap integrity utk tak tiru org lain(betul ke ehh contoh aku ni? Haha). Be responsible. Do what you say you will do, pon aku rasa salah satu contoh integrity dalam diri yg kita perlu ada.


 “Have the courage to say no. Have the courage to face the truth. Do the right thing because it is right. These are the magic keys to living your life with integrity.” - W. Clement Stone 





 Next, aku nak explain pulak pasal ethics. Kalau orang melayu panggil etika.

 Ethics, sometimes known as moral philosophy, is a branch of philosophy that involves systematizing, defending and recommending concepts of right and wrong conduct, often addressing disputes of moral diversity.
.
.
.

Kalau ikut google, maksud ethics macam dkt atas ni lah. Kalau based on aku punya kefahaman, ethics ni adalah nilai-nilai and moral yang act as indicator utk membentuk tingkah laku and perangai seseorang tu.*maknanya, dgn adanya ethics ni lah yang akan determine seseorang tu nak jadi baik or jahat. Seseorang tu must follow semua rules yang ditetapkan in their daily life. Takde la ikut suka dorg je nak buat apa kan. Haha. Contoh dia, mcm etika makan ke, etika berpakaian ke. Kannnnn..*aku rasa lah. haha

Kalau seseorang tu ada ethics dalam diri dorg, automatically dorg jugak akan ada integrity dalam diri dorg. Sebabnya, ethics ni mcm mak la dekat integrity tu, and integrity ni anak kepada ethics tu. Haha

Pastu, integrity and ethics ni sangat lah penting for semua individual and organization sebab dua benda ni lah yang akan make sure all the activity and program yang dibuat tu dapat achieve target macam apa yang dorg nak and target tu dicapai dengan cara yang baik n betul serta beretika.






Okayy! aku rasa that’s all my opinion about integrity and ethics. Cukup-cukup la tu kan*sebenarnya aku dah taktau nak tulis apa dah. Hehe.  Nanti kita jumpa lagi okay for the next entry. Till we meet again, bubye!


Assalamualaikum.